Wednesday, October 29, 2014

Bengkel Menjahit Tudung

Assalamualaikum..

Sekiranya berminat menyertai BENGKEL MENJAHIT TUDUNG boleh lah membuat pendaftaran melalui sms/whatsapp kepada saya untuk maklumat selanjutnya. Anda tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan seperti pola tudung akan disediakan. Bengkel ini menawarkan teknik memotong kain, membuat awning, mencantum dan menjahit tepi tudung. Teknik mencantum awning ke badan tudung juga diajar step by step sampai siap bagi menghasilkan rekaan tudung yang menarik dan sesuai di gayakan oleh sesiapa sahaja.

Tidak mempunyai asas menjahit tudung bukan bermakna anda tidak boleh menerokai bidang tersebut. Malah siapa tahu dengan menyertai bengkel ini anda bergelar usahawan tudung. 

Faedah-faedah menyertai bengkel ini:
  • Modul pembelajaran akan disediakan ianya mudah difaham dan diikuti.
  • Alatan jahitan seperti mesin jahit dan aksesori jahitan lain disediakan.
  • Ukuran dan bidang kain yang sesuai untuk menghasilkan tudung.
  • Hasil kerja anda boleh di bawa balik untuk dipakai atau anda boleh mengambil tempahan dari saudara mara atau rakan-rakan (untuk permulaan) sebagi praktikal, dimana setiap tudung boleh menghasilkan pendapatan RM50-RM180 sehelai (mengikut harga pasaran).

Yuran : RM70 *Peralatan menjahit disediakan (kain, mesin dan aksesori adalah disediakan)
Tempat : Johor Bahru, Johor.



Tahniah diucapkan kepada Nor dari Kempas. Beliau merupakan rakan SMK. Kempas dan Kak Ipar nya dari Gelang Patah kerana berjaya menyiapkan tudung Lycra sendiri. 100% mereka buat sendiri. Kini dah dapat banyak tempahan jahit tudung. Alhamdulillah.. Tahniah dan semoga berjaya. 



Puan Anis dari Nusajaya, Kota Iskandar dan Puan Nora dari Kulai (seorang usahawan) menyertai bengkel menjahit tudung pada bulan Mei 2014 yang lalu. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan.

 

Puan Bibi dan kakanya dari Pontian tidak melepaskan peluang untuk menambah ilmu yang ada. sekalipun sudah lama dalam dunia jahitan. Tahniah dan semoga berjaya.


Ini pula Norlizawati kawan sekolah semasa di tingkatan 5. Tinggal di Kempas. Zero dalam menjahit. Tetapi semangat dan minat menjahit yang tinggi dan ingin mencuba. Alhamdulillah...beliau berjaya menyiapkan tudungnya sendiri dengan baik. Tahniah dan semoga berjaya.


Cik Nur Atikah rakan kampus UNIMAS dari Kluang dan Kak Nani dari Sarawak juga tidak melepaskan peluang menimba ilmu dalam dunia jahitan. Menurut Nur Atikah beliau tidak pernah pegang mesin jahit, pendek kata zero knowledge juga la bab menjahit. TETAPI dengan menyertai BENGKEL MENJAHIT TUDUNG ini beliau sendiri teruja dengan hasil jahitannya sendiri. Kak Nani pula orang jauh, sanggup menaiki BELON (kapal terbang) katanya nak melawat anak, sambil itu ambil peluang mengikuti bengkel menjahit tudung, sebenarnya beliau ni orang lama dalam dunia jahitan tetapi suka menimba ilmu. Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya dalam dunia jahitan ini. 


Kak Saydhatina dan rakannya kak Farah menyertai mengkel menjahit tudung ini. Mereka ini sangat ramah, lucu ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan ketawa. Tahniah dan semoga berjaya. 

Tahniah kepada kesemua peserta BENGKEL MENJAHIT TUDUNG. kepada yang berminat dan ingin menceburi bidang jahitan ini, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu ini. Untuk pendaftaran melalui ----> sms/whatsapp sila hubungi 012-7960366






Tunn Saila.

No comments:

Post a Comment