Sunday, November 2, 2014

Langsir Box Pleat (Lipat Kotak)

Ini dia langsir box pleat potongan biasa. Langsir jenis ini menggunakan 3x ganda ukuran rail.
Ok kita go step by step :

Case:

Ukur lebar tingkap -----
Cth :
Lebar Tingkap (LT) 50"
Tinggi skirt box pleat tu nak buat 18"
Mencari kiraan  = Pleated skirt (vallance)
LT 50"x3 = 150" lebar kain

Mencari ela kain = LT/36"

1 ela = 36"
150"/36" = 4.16 ela

Cara menjahit :

1] Kain 150" dilipat dua
2] Kelim kiri dan kanan kain
3] Mulakan melipat kotak atau pleated skirt dari bahagian tengah
4] Ukuran pleated adalah 3" (hasil kain selepas dilipat)




1] Kain 150" dilipat dua


 3] Mulakan melipat kotak atau 
pleated skirt dari bahagian tengah

 



Hasil jahitan Box Pleat (potongan rata)




Tunn  Saila.




Thursday, October 30, 2014

Roman Blind

Langsir Roman Blind





 Langsir jenis ini sesuai di letak di tingkap bilik, tangga dan dapur. 

 Label : Jahitan Langsir


 
Tunn Saila.
 

Wednesday, October 29, 2014

Palmet

 Tempahan dari Puan Ruzita. Langsir raya tahun 2014. 

 Sarung bantal kecil untuk dihias di kerusi jati. menggunkan kain yang sama dengan kain kepala langsir 

Setelah di hias

Label : Jahitan Langsir


Tunn Saila.

Langsir Eyelet

Langsir Jenis Eyelet 2 Layer



Tempahan dari Puan Zila untuk sliding door 4 pintu di rumahnya di Jalan Jasa 58, Taman Mutiara Rini,


Langsir Eyelet 2 layer untuk sliding door 3 pintu di rumah adik ipar di Jalan Pinggiran, Batu Cave, Selangor


Label : Jahitan Langsir



Tunn Saila.

Bengkel Menjahit Tudung

Assalamualaikum..

Sekiranya berminat menyertai BENGKEL MENJAHIT TUDUNG boleh lah membuat pendaftaran melalui sms/whatsapp kepada saya untuk maklumat selanjutnya. Anda tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan seperti pola tudung akan disediakan. Bengkel ini menawarkan teknik memotong kain, membuat awning, mencantum dan menjahit tepi tudung. Teknik mencantum awning ke badan tudung juga diajar step by step sampai siap bagi menghasilkan rekaan tudung yang menarik dan sesuai di gayakan oleh sesiapa sahaja.

Tidak mempunyai asas menjahit tudung bukan bermakna anda tidak boleh menerokai bidang tersebut. Malah siapa tahu dengan menyertai bengkel ini anda bergelar usahawan tudung. 

Faedah-faedah menyertai bengkel ini:
  • Modul pembelajaran akan disediakan ianya mudah difaham dan diikuti.
  • Alatan jahitan seperti mesin jahit dan aksesori jahitan lain disediakan.
  • Ukuran dan bidang kain yang sesuai untuk menghasilkan tudung.
  • Hasil kerja anda boleh di bawa balik untuk dipakai atau anda boleh mengambil tempahan dari saudara mara atau rakan-rakan (untuk permulaan) sebagi praktikal, dimana setiap tudung boleh menghasilkan pendapatan RM50-RM180 sehelai (mengikut harga pasaran).

Yuran : RM70 *Peralatan menjahit disediakan (kain, mesin dan aksesori adalah disediakan)
Tempat : Johor Bahru, Johor.



Tahniah diucapkan kepada Nor dari Kempas. Beliau merupakan rakan SMK. Kempas dan Kak Ipar nya dari Gelang Patah kerana berjaya menyiapkan tudung Lycra sendiri. 100% mereka buat sendiri. Kini dah dapat banyak tempahan jahit tudung. Alhamdulillah.. Tahniah dan semoga berjaya. 



Puan Anis dari Nusajaya, Kota Iskandar dan Puan Nora dari Kulai (seorang usahawan) menyertai bengkel menjahit tudung pada bulan Mei 2014 yang lalu. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan.

 

Puan Bibi dan kakanya dari Pontian tidak melepaskan peluang untuk menambah ilmu yang ada. sekalipun sudah lama dalam dunia jahitan. Tahniah dan semoga berjaya.


Ini pula Norlizawati kawan sekolah semasa di tingkatan 5. Tinggal di Kempas. Zero dalam menjahit. Tetapi semangat dan minat menjahit yang tinggi dan ingin mencuba. Alhamdulillah...beliau berjaya menyiapkan tudungnya sendiri dengan baik. Tahniah dan semoga berjaya.


Cik Nur Atikah rakan kampus UNIMAS dari Kluang dan Kak Nani dari Sarawak juga tidak melepaskan peluang menimba ilmu dalam dunia jahitan. Menurut Nur Atikah beliau tidak pernah pegang mesin jahit, pendek kata zero knowledge juga la bab menjahit. TETAPI dengan menyertai BENGKEL MENJAHIT TUDUNG ini beliau sendiri teruja dengan hasil jahitannya sendiri. Kak Nani pula orang jauh, sanggup menaiki BELON (kapal terbang) katanya nak melawat anak, sambil itu ambil peluang mengikuti bengkel menjahit tudung, sebenarnya beliau ni orang lama dalam dunia jahitan tetapi suka menimba ilmu. Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya dalam dunia jahitan ini. 


Kak Saydhatina dan rakannya kak Farah menyertai mengkel menjahit tudung ini. Mereka ini sangat ramah, lucu ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan ketawa. Tahniah dan semoga berjaya. 

Tahniah kepada kesemua peserta BENGKEL MENJAHIT TUDUNG. kepada yang berminat dan ingin menceburi bidang jahitan ini, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu ini. Untuk pendaftaran melalui ----> sms/whatsapp sila hubungi 012-7960366






Tunn Saila.

Langsir Box Pleat

Langsir jenis smoking box pleat button. Pattern ini sesuai untuk kening (heading) tingkap, pintu dan pintu sliding


Monday, October 27, 2014

Miracle Of Clay (Bedak Muntah Belut)

Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog ini. Disini pasti ramai tercari-cari rawatan tradisional bagi merawat kulit yang berkesan dan murah. Saya mewujudkan blog ini adalah bertujuan untuk membantu anda dalam mengatasi masalah kulit. dengan ini saya memperkenalkan Miracle of Clay (Bedak Muntah Belut) Anda jangan terkejut pulak bila saya panggil bedak ini Bedak Muntah Belut (BMB).

Apa itu BMB ini? anda pasti membayangkan bedak ini dari belut bukan? sebenarnya tidak la seperti yang dibayangkan itu. Tetapi kalau ya apa salahnya ye tak?? kata untuk ubat.. hihihi (sekadar bergurau).

BMB ini berasal dari negeri Perak. Rupanya orang Perak ni pakar dalam menghasilkan bedak-bedak tradisional, dan yang pasti yang buat bedak ni pun bukan orang muda atau mesin-mesin canggih. Proses pembuatan bedak ni masih mengekalkan cara dan alat tradisional dan yang wajib anda perlu tahu Miracle Of Clay (BMB) ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tanah liat di sungai yang diduduki oleh belut dan tanpa sekelumit pun bahan kimia yang dicampur ke dalamnya. Pendek kata sama lah seperti proses penghasilan Bedak Sejuk dan Bedak Batu Benang Sila. Nanti saya akan terangkan bedak-bedak tersebut di lain masa ye.

Ok Miracle Of Clay (BMB) ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja, iaitu pada permukaan kulit dan imujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti ruam, kayap, jerawat, campak dah sebagainya.



KHASIAT MIRACLE OF CLAY
  • Mengebukan, menyerikan kulit wajah dari kusam
  • Menghilangkan masalah jerawat, muka berminyak, resdung
  • Ruam pada bayi
  • Masalah kegatalan kulit dan kudis pada tubuh badan
  • Mencerahkan bhgn hitam pelipat celah paha dan ketiak
  • Masalah melecet celah paha
  • Menegangkan kulit muka dan mengecilkan liang roma
  • Mengurangkan bahang panas akibat kulit terbakar sinaran matahari


CARA-CARA PENGGUNAAN:
  • Campurkan sedikit bedak sejuk dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama semalaman, kemudian cuci muka seperti biasa di sebelah pagi. Untuk hasil yang lebih memuaskan, campurkan dengan air gamat/zam-zam.
  • Untuk kulit berminyak/bermasalah. Gunakan bedak sejuk setiap malam sebelum tidur.
  • Untuk jerawat batu. Sapukan lebih bedak sejuk di kawasan yang bermasalah.
  • Untuk kulit normal/kering. Gunakan bedak sejuk selama 2 hingga 3 hari berturut-turut. Penggunaan berterusan secara berselang hari memberi hasil lebih memuaskan.



JAMINAN KAMI HARGA PASARAN ONLINE YANG TERENDAH


1 set = RM10 utk 2 tablet bulat
(satu tablet utk 4-5 hari) + percuma bekas dan nota cara pemakaian
Utk sebulan boleh cuba 4 tablet dulu (2set) : RM20 (sebelum kos poslaju)



✜ HARGA ✜
========================
BMB - 1 Tablet RM5 
(Minimum order 4 tablet )



Postage:
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak : RM9


Label : Beauty Care



Tunn Saila.