Assalamualaikum..
Sekiranya
berminat menyertai BENGKEL MENJAHIT TUDUNG boleh lah membuat
pendaftaran melalui sms/whatsapp kepada saya untuk maklumat selanjutnya.
Anda tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan seperti pola tudung akan
disediakan. Bengkel ini menawarkan teknik memotong kain, membuat awning,
mencantum dan menjahit tepi tudung. Teknik mencantum awning ke badan
tudung juga diajar step by step sampai siap bagi menghasilkan rekaan
tudung yang menarik dan sesuai di gayakan oleh sesiapa sahaja.
Tidak
mempunyai asas menjahit tudung bukan bermakna anda tidak boleh
menerokai bidang tersebut. Malah siapa tahu dengan menyertai bengkel ini
anda bergelar usahawan tudung.
Faedah-faedah menyertai bengkel ini:
- Modul pembelajaran akan disediakan ianya mudah difaham dan diikuti.
- Alatan jahitan seperti mesin jahit dan aksesori jahitan lain disediakan.
- Ukuran dan bidang kain yang sesuai untuk menghasilkan tudung.
- Hasil kerja anda boleh di bawa balik untuk dipakai atau anda boleh mengambil tempahan dari saudara mara atau rakan-rakan (untuk permulaan) sebagi praktikal, dimana setiap tudung boleh menghasilkan pendapatan RM50-RM180 sehelai (mengikut harga pasaran).
Yuran : RM70 *Peralatan menjahit disediakan (kain, mesin dan aksesori adalah disediakan)
Tempat : Johor Bahru, Johor.
Tahniah
diucapkan kepada Nor dari Kempas. Beliau merupakan rakan SMK. Kempas
dan Kak Ipar nya dari Gelang Patah kerana berjaya menyiapkan tudung Lycra
sendiri. 100% mereka buat sendiri. Kini dah dapat banyak tempahan jahit
tudung. Alhamdulillah.. Tahniah dan semoga berjaya.
Puan
Anis dari Nusajaya, Kota Iskandar dan Puan Nora dari Kulai (seorang
usahawan) menyertai bengkel menjahit tudung pada bulan Mei 2014 yang
lalu. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan.
Puan
Bibi dan kakanya dari Pontian tidak melepaskan peluang untuk menambah
ilmu yang ada. sekalipun sudah lama dalam dunia jahitan. Tahniah dan
semoga berjaya.
Ini
pula Norlizawati kawan sekolah semasa di tingkatan 5. Tinggal di
Kempas. Zero dalam menjahit. Tetapi semangat dan minat menjahit yang tinggi dan ingin mencuba.
Alhamdulillah...beliau berjaya menyiapkan tudungnya sendiri dengan baik.
Tahniah dan semoga berjaya.
Cik
Nur Atikah rakan kampus UNIMAS dari Kluang dan Kak Nani dari Sarawak
juga tidak melepaskan peluang menimba ilmu dalam dunia jahitan. Menurut
Nur Atikah beliau tidak pernah pegang mesin jahit, pendek kata zero
knowledge juga la bab menjahit. TETAPI dengan menyertai BENGKEL MENJAHIT TUDUNG
ini beliau sendiri teruja dengan hasil jahitannya sendiri. Kak Nani
pula orang jauh, sanggup menaiki BELON (kapal terbang) katanya nak
melawat anak, sambil itu ambil peluang mengikuti bengkel menjahit
tudung, sebenarnya beliau ni orang lama dalam dunia jahitan tetapi suka
menimba ilmu. Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya dalam dunia
jahitan ini.
Kak
Saydhatina dan rakannya kak Farah menyertai mengkel menjahit tudung ini.
Mereka ini sangat ramah, lucu ada sahaja gelagat mereka yang
membuatkan ketawa. Tahniah dan semoga berjaya.
Tahniah kepada kesemua peserta BENGKEL
MENJAHIT TUDUNG. kepada yang berminat dan ingin menceburi bidang
jahitan ini, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu ini. Untuk
pendaftaran melalui ----> sms/whatsapp sila hubungi 012-7960366
No comments:
Post a Comment